Note: Sebenarnya XLAWS pun tak tahu apa tajuk sebetulnya untuk post kali ini. XD
XLAWS buat tutorial ni sebab dulu HDD 1TB XLAWS rosak secara mengejut. Angin takde, ribut takde tahu-tahu je rosak. Nak kata kena serangan virus tak juga, kena air pun tak, kalau jatuh lagi la tak pernah. Memang rasa sedih + pelik + bengang giler time tu. Yelah mana taknya macam-macam file penting ada kat dalam tu. Kebanyakkan XLAWS banyak simpan koleksi lagu kat dalam tu.
Puas XLAWS mencari apa sebenarnya masalah HDD ni serta jalan penyelesaiannya di internet. Tapi tetap tak jumpa. Nasib baik lah ada satu software ni boleh backup sesetengah file penting ni. Kenapa XLAWS tak backup semua? Laptop ni pun internal HDD kapasiti cuma 320GB je, macam mana nak backup 1TB, kalau ada pun pinjam HDD kawan je untuk backup sementara. Tapi, HDD dia pun nazak ada 100GB je. Mana la muat. hahaha
OK, berbalik pada topik utama kita. korang ada masalah HDD jadi macam gambar di bawah ni tak?. Tengok Local Disk (G:) tu, XLAWS nak masuk pun tak boleh, kalau klik dua kali apa yang keluar ialah dia suruh format. Gila ke apa?.
Korang boleh download Get Data Back For Fat & NTFS v4.24, yang ni jenis portable.
http://www.mediafire.com/?2r91k1ga0gofg02
OK, kita teruskan tutorial dengan singkat. Untuk permulaan terus klik next.
Pilih HDD korang dan next.
Kalau ada keluar macam gambar di bawah ni, cuma klik je Yes to All.
Terus next.
Nanti muncul lah satu proses Completing found MFTs. Cuma tekan Yes to All untuk proses seterusnya.
Proses-proses Extracting secondary MFTs sedang berjalan.
Proses akhir sekali Extracting found MFTs.
Haaa HDD XLAWS dah sedia untuk proses backup. Fuhhh lega.. banyak file berharga kat dalam tu. Dah la takde orang lain backupkan. =_=
Cara nak backup, korang cuma tekan kanan pada folder dan copy.
Pilih dekat mana korang nak letak file backup tu.
Proses copy files sedang berjalan. Agak memakan masa la, tapi takde la lama sangat.
Yeah!!! file XLAWS dah dapat diselamatkan!. ^^ . Korang backup la sebanyak mana file yang boleh diselamatkan.
Untuk repair kembali hard disk pula, cuma format macam biasa je.
Yeah!! Complete!.
Selepas itu, XLAWS letak balik file backup tadi ke dalam HDD yang baru repair tadi. Done!
Note: Ada sesetengah file yang dah kita backup tak semestinya 100% elok. Ada la sebahagian games dan anime XLAWS rosak Q_Q. Tapi syukur lah dapat backup file yang lain-lain tanpa sebarang masalah.
Inilah jalan penyelesaiannya. Kalau korang ada cara lain untuk selesaikan masalah ni, tolong kongsi dengan XLAWS ok?. ;)
Category:
Tutorials















Previous Article


We Appreciate Your Comments
24 Respones to "Cara Backup HDD + Repair"
bro...thanks. Sangat berguna, tapi fail dalam HDD saya semua habis, sebab saya dah format dah. Tutorial nih lambat seminit jer...adus. Semua installer game untuk Android, iPhone, PC game habis. Kena download lain lah...
November 19, 2011 at 7:29 AM
Lambat seminit? adoi sory la aku pown mana taw. @_@ thanks kerana sudi membaca. huhu
November 19, 2011 at 9:30 AM
@XLAWS
terbaik la bos...
tapi pasti ada lagi cara lain..:)
NINJA Crew
November 19, 2011 at 11:55 AM
hah ada cara lain share ler. ;3
November 19, 2011 at 12:20 PM
@XLAWS
bro/masta/bos..
kalu x silap aq la kn..guna...
(HDD regenerator) untuk baiki bad sector...
NINJA Crew
November 20, 2011 at 12:54 PM
jadi maksudnya sebelum hanta kat lowyat ke @ kilang ke, buat ni dulu, x yah la kuar duit.ye!
November 23, 2011 at 3:54 PM
ade cara lg 1..
open gne ubuntu..
aku dh pnah wt..mmg dpt backup smue file
January 8, 2012 at 12:33 PM
kalau dah format sekalipun still boleh backup data lagi .. try guna EASEUS Data Recovery Wizard Professional (http://www.mediafire.com/?21crb0vnaj6zt29)
January 8, 2012 at 7:46 PM
...bro, aku dah try cuma masalahnya mase nak scan drive kuar gini...
The drive is not ready for use;its door may be open.Please check drive A: and make sure that a disk is inserted and that the drive door is closed...
mslhnya kat sini ialah dive A merujuk pada disket walhal PC aku mmg takde port utk disket ..yg ade cuma la ikon kat my computer...
saye sngat2 le perlukan bantuan kerna dlm xternal tu bnyak sngat file penting....
January 10, 2012 at 11:38 PM
....tak kan takde org yg sudi bantu ni.....plz.....
January 11, 2012 at 5:34 PM
alamak bro.. aku xde lak masalah mcm tu. ko da try buka cara run as admin?
January 12, 2012 at 9:25 PM
@XLAWS
...bro, aku da try run as admin tp mslh same juge kat pc...tp aku da try kat laptop & menjadi...nway...thank bro for the software............
January 20, 2012 at 8:40 PM
tapi WD Mybook Essential saya ni tak display pun Local Disk nyer. Jadi cam ne nak copy data tu. Cuma display hd tu tak format lagi dan minta kita formatkan. Sedangkan HD tu dah ada data pun kat MYbook.
Saya kena beli WD Mybook yang baru ker kalau cam gitu.
January 30, 2012 at 12:06 PM
kalo kat my computer x display. dalam software tu ada display x?
January 30, 2012 at 1:42 PM
dalam software tu sebelum ni display, tapi usb rosak, saya ambik HD tu try kat tpt lain tapi tak display apa2 local disk pun. macam HD baru beli, kena format dulu.
January 31, 2012 at 2:18 PM
ganti usb baru la nmpak gayanya baru boleh backup.
February 1, 2012 at 11:51 AM
salam, tq admin sbb buat tutorial ni. smlm External HD WD 500gb kita cane tah leh kuar 'drive not formatted, format now?' ade try jgk software lain tapi x pndai sgt nk buat. tapi yg ni so far ok la. tgh backup lagi ni x habis, dh dekat 4 jam jugak. sbb byk fail besar. cume prob nye copy kat D pc kena delete mane yg patut sbb space tak muat. tapi x pe la, dpt copy fail2 penting dh kira ok. anyway thaks bro..
semoga dipanjang kan usia :))
February 27, 2012 at 1:58 PM
nak tanya shena...external HD WD tu bila kat my computer dia detect tak sebagai E ker F ker. external saya langsung tak detect drive aper2 external tu, so tak leh nak wat backup ker recover ker sebab tak nampak apa2 drive
March 22, 2012 at 4:36 PM
kalau x keluar pd my computer, hdd annif ada keluar pada macam gambar no 3 tu x?
March 22, 2012 at 9:50 PM
salam...nk tanya....XLAW nih...klu ikut step bro dlm gambar ke tiga tuh bro pilih physical drive kan untuk wt backup...so aq nk tanya bleh x aq just klik drive aq dekat logical drive ja untuk wat backup...sbb kes aq sekarang nih...aq tau dekat mana file aq hilang...i2 ja soalan aq.....
March 27, 2012 at 7:30 PM
boleh je.
March 28, 2012 at 1:46 AM
baru format external...sebentar td...sebab xleh buka...
cannot acces...
sekarng bkak blog xlaws bru trjumpe,...
cre nk backup..aduh...
May 17, 2012 at 11:17 AM
@Nazrin_jawa dugaan. sabar jela. :P
May 18, 2012 at 9:51 AM
trimas atas penerangan ini... HDD tetiba jd weng, dah backup tp problem tak bole format lak.. pelik niih... aduiiii
January 7, 2013 at 8:40 PM
Post a Comment